awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pyongyang mahu lancar 3 lagi satelit peninjau tentera

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2024
00:20 MYT
Pyongyang mahu lancar 3 lagi satelit peninjau tentera
Kim Jong-Un ketika mempengerusikan mesyuarat akhir tahun. - Foto AP
PYONGYANG: Korea utara mengumumkan matlamat dasar tahun baharu termasuk melancarkan tiga lagi satelit peninjau tentera dan membina kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memperkasakan keupayaan tenteranya.
Agensi berita KCNA melaporkan, pelan itu antara dikemukakan dalam mesyuarat akhir tahun dipengerusikan oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.
Berdasarkan pengalaman berjaya melancarkan dan mengendali satelit peninjau pertama pada 2023, tugas untuk melancarkan tiga lagi satelit peninjau pada tahun ini sudah ditetapkan.
Antara lain, pelan menggalakkan pembangunan sains dan teknologi angkasa secara bersungguh-sungguh.
Pelan itu dibentangkan sebagai sebahagian ucapan Jong-Un pada mesyuarat itu, di mana beliau menyatakan Korea Utara tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan cita-cita program nuklearnya.
Ia turut membabitkan hasrat untuk menjalinkan hubungan bilateral lebih erat dengan negara anti-Amerika Syarikat seperti Rusia ketika Pyongyang berdepan langkah konfrontasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Menurut Jong-Un, Pyongyang juga menolak kemungkinan untuk bersatu dengan Korea Selatan, dengan menegaskan negara itu secara asasnya harus mengubah prinsip dan hala tuju ke arah Korea Selatan.
Sementara itu, Korea Utara memaklumkan negaranya berjaya melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada 21 November lalu yang didakwa mencerap gambar White House, pangkalan tentera AS dan kawasan sasaran di Korea Selatan.
Bagaimanapun, kejayaan melancarkan satelit itu hanya dicapai selepas menempuhi dua kegagalan percubaan pada tahun lalu apabila roket Chollima-1 terhempas ke dalam laut.
Topic Berkaitan
#satelit peninjau
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#program nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan