awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pyongyang mahu perkukuh rancangan pencegahan nuklear - Kim Jong Un

Bernama
Bernama
05/01/2024
14:28 MYT
Pyongyang mahu perkukuh rancangan pencegahan nuklear - Kim Jong Un
Kim membuat kenyataan itu semasa lawatan ke sebuah kilang yang mengeluarkan pelancar mudah alih untuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara. - Gambar fail/Korean Central News Agency/Korea News Service via
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menekankan keperluan untuk negara itu mengukuhkan pencegahan nuklearnya untuk "pertempuran tentera" dengan musuhnya, lapor Agensi Berita Yonhap pada Jumaat.
Menurut Agensi Berita KCNA Kim membuat kenyataan itu semasa lawatan ke sebuah kilang yang mengeluarkan pelancar mudah alih untuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara.
Kim mengarahkan langkah-langkah untuk memperluas kapasiti pengeluaran Transporter Erector Launchers (TEL), menekankan bahawa kilang itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh kemampuan pertahanan negara itu.
Menurut KCNA Kim telah merangka rancangan segera dan jangka panjang untuk pengeluaran dan tugas untuk memperluas kapasiti pengeluaran kilang.
Beliau menitikberatkan keperluan untuk menghasilkan pelbagai TEL untuk senjata taktikal dan strategik.
Tahun lepas, Korea Utara melancarkan lima ICBM, jumlah tertinggi ujian dalam setahun. Pada April 2023, Pyongyang melancarkan ujian ICBM Hwasong-18 buat kali pertama dan melancarkan dua lagi ujian pada Julai dan Disember.
Semasa mesyuarat Parti Pekerja Korea pada hujung tahun lepas, Kim menggesa tahap kesediaan berperang negara itu ditingkatkan selain mengumumkan rancangan untuk melancarkan tiga lagi satelit pengintip dan memperkukuh senjata nuklearnya pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#peranan penting
#pertempuran tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan