awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Basarnas sahkan 53 mayat telah ditemui

Bernama
Bernama
19/01/2015
23:22 MYT
QZ8501: Basarnas sahkan 53 mayat telah ditemui
Basarnas Indonesia mengesahkan telah menemui sejumlah 53 mayat dengan 45 mayat setakat ini telah dikenal pasti identiti. - Gambar Fail
Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia mengesahkan telah menemui sejumlah 53 mayat dengan 45 mayat setakat ini telah dikenal pasti identiti oleh Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI).
AirAsia dalam satu kenyataan di sini berkata lapan mayat masih dalam proses pengecaman.
"DVI POLRI mengumumkan bahawa tidak ada identifikasi yang dikeluarkan hari ini. Pasukan DVI POLRI sedang mengumpul lebih banyak bukti DNA mengenai baki penumpang," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Basarnas dapat mengeluarkan lebih banyak serpihan seperti tingkap, kerusi dan bahagian dalaman, dipercayai dari pesawat AirAsia QZ8501.
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan semalam apabila pasukan penyelam mula menyelam turun ke dasar Laut Jawa untuk meninjau bangkai fiuslaj.
Bagaimanapun, misi terus menghadapi halangan akibat ombak tinggi dan cuaca buruk.
Pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501, membawa 162 orang, terhempas pada 28 Dis selepas terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Indonesia
#QZ8501
#Singapore
#Singapura
#Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan