awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakaman video penyerang Munich didedahkan

Agensi
Agensi
24/07/2016
04:19 MYT
Rakaman video penyerang Munich didedahkan
10 orang maut dalam insiden tembakan tersebut yang melibatkan tiga penembak di sebuah kompleks beli-belah di Munich, Jerman.
Satu rakaman video menunjukkan penyerang insiden di Munich cuba melarikan diri dari polis didedahkan Associated Press.
Rakaman tersebut bermula dengan penyerang tersebut berada di bumbung sebelum cuba melarikan diri selepas melepaskan tembakan.
Detik-detik insiden itu dicerita semula oleh seorang saksi, Mohamed Aly Shehab yang juga individu yang merakam video berkenaan.
“Ketika kejadian saya sedang tidur, selepas itu saya dengar bunyi bising seperti seseorang bermain mercun. Apabila saya bangun dan ke balkoni, saya ternampak seorang lelaki sedang menjerit sambil memegang pistol.
“Pada mulanya dia nampak tenang tetapi selepas seseorang datang dan meminta dia meletakkan senjata, dia melaungkan bahawa dia warga Jerman dan mula menembak tiga kali ke udara.
“Kemudian, dia melarikan diri dan pasukan khas datang dan selepas itu dua penembak jarak jauh datang dan mereka berada di sana sepanjang malam,”jelas Mohamed Aly.
10 orang maut dalam insiden tembakan tersebut yang berlaku di sebuah kompleks beli-belah di Munich, Jerman.
Insiden pada pukul jam 6 petang Sabtu waktu Jerman itu turut mengakibatkan puluhan yang lain yang sedang sibuk membeli belah, cedera.
BACA: 10 maut dalam insiden tembakan di Munich
Mereka yang maut termasuk seorang suspek, yang berusia 18 tahun, seorang warga jerman kelahiran Iran.
Insiden yang disifatkan sebagai tindakan keganasan oleh Jerman ini adalah yang kedua berlaku di negara berkenaan dalam tempoh seminggu.
Topic Berkaitan
#jenayah
#keganasan
#Serangan Munich
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan