awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Bangladesh tunjuk perasaan

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2013
23:12 MYT
Rakyat Bangladesh tunjuk perasaan
Pihak berkuasa Bangladesh terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan anti kerajaan di Dhaka. Tunjuk perasaan yang bermula sejak 28 Februari lalu adalah bagi membantah penahanan beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam pembunuhan dalam Perang 1971. Polis terpaksa bertindak aggresif selepas penunjuk perasaan mula membaling batu dan bom buatan sendiri. Menurut jurucakap polis, Mehdi Hasan, beberapa penunjuk perasaan dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan. Polis juga sudah menahan lebih 30 ahli parti pembangkang termasuk pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh, Mirza Fakhrul Islam selepas rusuhan reda. Siri tunjuk perasaan di Bangladesh dianjurkan gabungan 18 parti pembangkang yang membantah perbicaraan pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai ketika perang kemerdekaan 1971. Sehingga kini tiga daripada 12 yang didakwa sudah disabit bersalah. Sepuluh daripada mereka adalah pemimpin jamaa E-Islami manakala dua lagi adalah pemimpin BNP yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Dhaka
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan