awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranil Wickremesinghe sah Presiden Sri Lanka yang baharu

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2022
07:35 MYT
Ranil Wickremesinghe sah Presiden Sri Lanka yang baharu
Wickremesinghe menewaskan calon parti lawan, Dullus Alahapperuma pada Rabu, dalam satu proses undian yang diadakan di bangunan Parlimen.
COLOMBO: Perdana Menteri merangkap Presiden Interim Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe sah menjadi Presiden yang baharu, biarpun beliau tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat tempatan.
Agensi berita BBC melaporkan, Wickremesinghe bakal menghadapi cabaran berat untuk menerajui negara tersebut, yang bergelut dengan krisis keruntuhan ekonomi, serta mengembalikan keamanan selepas dilanda protes besar-besaran sejak berbulan lamanya.
Beliau berjaya menewaskan calon parti lawan, Dullus Alahapperuma pada Rabu, dalam satu proses undian yang diadakan di bangunan Parlimen.
Pemilihan baharu terpaksa dilakukan selepas bekas Presiden, Gotabaya Rajapaksa bertindak meninggalkan Sri Lanka pada minggu lepas.
Rajapaksa dilaporkan melarikan diri ke Maldives, dan kini di Singapura selepas ribuan penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya dan bangunan kerajaan yang lain, mendesak agar beliau meletakkan jawatan segera.
Selain itu kumpulan penunjuk perasaan tersebut turut mendesak Wickremesinghe, yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mei, untuk meletakkan jawatan.
Mereka dilaporkan telah membakar kediaman peribadinya, dan juga menyerbu masuk Pejabat Perdana Menteri di Colombo, sebagai membantah kepimpinannya.
Bagaimanapun Wickremesinghe berkeras untuk tidak melayan tuntutan tersebut, dengan dengan kejayaan beliau menjadi Presiden, tugas itu akan digalasnya sehingga November 2024.
Sri Lanka kini berstatuskan negara bankrap, dan menghadapi keputusan bekalan makanan minyak serta barangan asas yang lain.
Wickremesinghe dilaporkan akan berusaha untuk mengembalikan keamanan, dan meneruskan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan pakej jaminan.
Topic Berkaitan
#Ranil Wickremesinghe
#Sri Lanka
#Presiden Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan