awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut dirempuh pesawat ringan terhempas di Tasik Scugog

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2025
04:40 MYT
Remaja maut dirempuh pesawat ringan terhempas di Tasik Scugog
Pesawat jenis Ultravia Pelican Sport 600 hilang kawalan sebelum merempuh mangsa dan terbalik di atas bot pontun. -Gambar hiasan/AirHistory.net
OTTAWA: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas dirempuh sebuah pesawat ringan yang terhempas di jeti bot di Tasik Scugog, Ontario, Kanada pada tengah hari Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang remaja lelaki maut selepas dirempuh pesawat ringan yang terhempas di jeti Tasik Scugog, Ontario; juruterbang cedera ringan dan seorang penumpang dirawat di tempat kejadian.
  • Pesawat jenis Ultravia Pelican Sport 600 hilang kawalan sebelum merempuh mangsa dan terbalik di atas bot pontun; mangsa disahkan meninggal di lokasi.
  • Siasatan sedang dijalankan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada tanpa bantuan perakam data penerbangan; alkohol bukan faktor dan juruterbang beri kerjasama penuh.

Menurut Polis Wilayah Durham, insiden berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari waktu tempatan berhampiran kawasan Williams Point, kira-kira 93 kilometer timur laut Toronto.
Mangsa dilaporkan sedang berdiri di atas jeti ketika pesawat jenis Ultravia Pelican Sport 600 itu hilang kawalan dan merempuhnya sebelum ia terbalik di atas sebuah bot pontun.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan identitinya belum didedahkan atas permintaan keluarga.
Juruterbang pesawat mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital, manakala seorang penumpang lain dirawat di tempat kejadian.
Menurut penyiasat kanan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada (TSB), Peter Rowntree, pasukannya sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk meneliti serpihan pesawat, kenyataan saksi dan keadaan cuaca ketika kejadian.
Beliau berkata pesawat tersebut tidak dilengkapi dengan perakam data penerbangan, menjadikan siasatan lebih mencabar.
“Ini adalah peristiwa yang amat traumatik, bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi juga kepada saksi dan pasukan penyiasat,” katanya dalam sidang media.
Polis mengesahkan bahawa alkohol bukan faktor penyumbang dalam nahas tersebut dan juruterbang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Tasik Scugog
#maut dirempuh pesawat ringan
#terhempas di jeti Tasik
#Ultravia Pelican Sport 600
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan