awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2024
15:05 MYT
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika menemui 320 beg mengandungi dadah jenis kokain dengan berat 9,588 kilogram. - Gambar Reuters
SANTO DOMINGO: Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan rampasan terbesar dalam sejarah negara itu, dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Menurut jurucakap Agensi Kawalan Dadah Kebangsaan Republik Dominika, Carlos Devers, dadah berkenaan ditemui di dalam sebuah kontena penghantaran pisang yang tiba di Pelabuhan Caucedo, Santo Domingo, dari Guatemala.
“Hasil siasatan awal mendapati kontena itu tiba dari Guatemala. Beberapa individu yang tidak dikenali dipercayai cuba memindahkan dadah ke kontena lain yang dijadualkan dihantar ke Belgium,” katanya pada sidang media, Jumaat waktu tempatan.
“Ini adalah rampasan terbesar dalam sejarah kami,” kata Devers dalam sidang media pada Jumaat.
Tambahnya, sepuluh suspek telah ditahan dalam operasi tersebut.
Setakat ini, pihak berkuasa negara itu telah merampas hampir 47 tan dadah pada tahun ini sahaja.
Sebelum ini, rampasan terbesar yang pernah direkodkan adalah sebanyak 2.6 tan pada tahun 2006 di pelabuhan yang sama.
Republik Dominika kekal sebagai salah satu laluan utama transit dadah di rantau Caribbean.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Republik Dominika
#serbuan
#kokain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan