awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran makanan segera di England mohon maaf 'halau' pelanggan berkuda di pandu lalu

Agensi
Agensi
15/06/2020
02:01 MYT
Restoran makanan segera di England mohon maaf 'halau' pelanggan berkuda di pandu lalu
Restoran berkenaan memaklumkan, biarpun kesal, mereka terpaksa mengambil tindakan itu atas faktor keselamatan.
SEBUAH cawangan restoran makanan segera di Cumbria, England memohon maaf kepada seorang pelanggan kerana tidak mahu mengambil tempahan yang dibuatnya di kaunter pandu lalu (drive-through).
Ini kerana, pelanggan terbabit, Ian Bell, 55 tahun, menunggang kuda ketika hendak membuat pesanan minggu lepas.
Restoran berkenaan bagaimanapun memaklumkan, biarpun kesal, mereka terpaksa mengambil tindakan itu atas faktor keselamatan.
"Kami tidak mahu menimbulkan masalah dan kami minta maaf atas pengalaman buruk yang dialami pelanggan itu.
"Tetapi keselamatan pelanggan kami sangat penting, kerana itu kami tidak boleh membenarkan kuda berada di laluan berkenaan atau di sekitar kawasan restoran," kata jurucakap restoran seperti yang dipetik beberapa media antarabangsa.
Bell mengakui merasa 'terhina' sebelum ini apabila diminta meninggalkan kawasan restoran ketika dia sedang beratur untuk membuat pesanan.
"Saya tidak percaya apa yang saya dengar, saya tidak melakukan kesalahan. Kuda saya, Jon Jon, tidak menimbulkan masalah.
"Kuda adalah pengangkutan biasa bagi saya dan digunakan oleh semua orang di tempat asal saya," kata Bell yang tinggal di bandar tepi pantai, Silloth.
"Ini satu diskriminasi terhadap mereka yang menggunakan haiwan sebagai pengangkutan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#beratur
#Cumbria
#diskriminasi
#England
#haiwan
#kaunter pandu lalu
#keselamatan
#kuda
#pengangkutan
#restoran makanan segera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan