awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan diarah pindah susulan kebakaran di barat Melbourne

Bernama
Bernama
21/12/2024
08:15 MYT
Ribuan diarah pindah susulan kebakaran di barat Melbourne
Komander Country Fire Authority Alan Slijepcevic, berkata kebakaran yang tercetus pada Isnin lalu itu merebak dari 7,500 hektar pada pagi Jumaat kepada lebih 28,000 hektar pada Sabtu. - Gambar fail/ unsplash
SYDNEY: Penduduk di beberapa bandar di barat Melbourne, Australia, diarahkan untuk segera berpindah berikutan kebakaran belukar yang semakin tidak terkawal, lapor Xinhua.
Sehingga pagi Sabtu waktu tempatan, amaran berpindah dikeluarkan untuk enam bandar di sekitar Taman Negara Grampians, kira-kira 230 kilometer (km) dari barat Melbourne.
Komander Country Fire Authority Alan Slijepcevic, berkata kebakaran yang tercetus pada Isnin lalu itu merebak dari 7,500 hektar pada pagi Jumaat kepada lebih 28,000 hektar pada Sabtu.
Beliau berkata kira-kira 400 anggota bomba sedang bertungkus-lumus mengawal kebakaran menggunakan 100 jentera, 25 pesawat dan peralatan berat lain.
"Ada kawasan besar yang masih terbakar, dan ia akan terus terbakar kerana terdapat banyak titik panas di bahagian utara," katanya.
Kira-kira 2,500 penduduk diarahkan untuk segera berpindah, manakala penduduk di sembilan bandar lain juga dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Australia
#Melbourne
#arahan pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan