awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan guru di Jerman lancar mogok tuntut gaji lebih baik

Bernama
Bernama
29/01/2026
21:40 MYT
Ribuan guru di Jerman lancar mogok tuntut gaji lebih baik
Menurut GEW, seramai 3,500 pekerja menyertai protes di Berlin, manakala 3,000 lagi berhimpun di Leipzig dan 2,500 mengadakan demonstrasi di Hamburg. - Foto X DKP Berlin
BERLIN: Kira-kira 12,000 guru dan pendidik melancarkan mogok di seluruh Jerman pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji yang ketara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Guru sekolah, pensyarah universiti serta pekerja lain dalam sektor pendidikan turun ke jalan raya di lima bandar utama termasuk Berlin, menurut kesatuan guru GEW.
Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, dengan kenaikan minimum EUR300 (US$358) sebulan, bagi guru dan pekerja pendidikan lain yang bekerja di bawah kerajaan negeri persekutuan Jerman.
Menurut GEW, seramai 3,500 pekerja menyertai protes di Berlin, manakala 3,000 lagi berhimpun di Leipzig dan 2,500 mengadakan demonstrasi di Hamburg.
Tindakan mogok selanjutnya dijangka berterusan sehingga pusingan ketiga rundingan gaji yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Feb.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#guru
#mogok
#kenaikan gaji
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan