awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan guru di Venezuela ancam mogok

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2022
23:30 MYT
Ribuan guru di Venezuela ancam mogok
Ribuan guru berarak di Caracas menentang kerajaan pimpinan Nicolas Maduro. - Foto REUTERS
CARACAS: Ribuan guru di Venezuela telah berarak di seluruh negara, mengancam mogok susulan kerajaan hanya membayar sebahagian kecil bonus percutian tahunan.
Pembayaran bonus berkenaan kebiasaan dilakukan pada akhir tahun persekolahan.
Kebanyakan daripada mereka merancang menggunakan bonus itu untuk membeli pakaian seragam buat anak-anak mereka dan pelbagai keperluan harian.
Ramai menjangkakan akan mendapat bayaran sehingga AS$200 namun jumlah yang diperolehi kurang daripada AS$100 bergantung kepada tahun perkhidmatan dan ijazah mereka.
Maka ribuan guru mengancam untuk tidak kembali ke sekolah apabila cuti musim panas berakhir, malah ada yang mahu meninggalkan profesion mereka.
Persekutuan Guru Venezuela menganggarkan 50 peratus daripada 370,000 guru di negara itu telah meninggalkan bilik darjah sejak 2017.
Mereka adalah antara lebih 6 juta rakyat Venezuela yang telah berhijrah ke negara lain.
Topic Berkaitan
#guru
#mogok
#bonus percutian
#tahun persekolahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan