awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut pasir tebal melanda Timur Tengah, sekurang-kurangnya 8 terbunuh

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2015
04:55 MYT
Ribut pasir tebal melanda Timur Tengah, sekurang-kurangnya 8 terbunuh
Sebahagian besar Lebanon, Syria, Israel dan Cyprus telah diselubungi debu tebal akibat ribut yang melanda rantau ini pada Isnin.
Fenomena ribut pasir tebal yang menyelubungi sebahagian negara Timur Tengah sejak semalam telah menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beratus-ratus lagi mengalami masalah pernafasan.
Pihak berkuasa dalam pada itu mengeluarkan amaran kepada penduduk untuk tidak keluar rumah sehingga keadaan kembali reda, lapor portal ABC News.
Sebahagian besar Lebanon, Syria, Israel dan Cyprus telah diselubungi debu tebal akibat ribut yang melanda rantau ini pada Isnin.
Pelarian dari Syria yang kini hidup hanya dengan keperluan asas di Lubnan paling teruk terjejas.
Di Syria, ribut menyebabkan pesawat pejuang kerajaan dan helikopter terpaksa mengurangkan serangan, tetapi sekurang-kurangnya enam maut di seluruh negara akibat kegagalan pernafasan, lapor pemantau.
"Empat orang [dibunuh] di Deir Ezzor, termasuk kanak-kanak dan seorang wanita tua, serta seorang lagi kanak-kanak di wilayah Hama dan seorang di Daraa," kata Ketua Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman.
Topic Berkaitan
#Cyprus
#Israel
#lebanon
#masalah pernafasan
#ribut pasir
#Syria
#Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan