awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis

Riyadh beri tempoh sebulan untuk salurkan bantuan kemanusiaan di Yaman

Agensi
Agensi
21/12/2017
07:20 MYT
Riyadh beri tempoh sebulan untuk salurkan bantuan kemanusiaan di Yaman
Arab Saudi dan pakatannya memberikan tempoh sebulan sebagai kebenaran kapal-kapal bantuan kemanusiaan berlabuh di pelabuhan Hodeida, Yaman.
Arab Saudi dan pakatannya memberikan tempoh sebulan sebagai kebenaran kapal-kapal bantuan kemanusiaan berlabuh di pelabuhan Hodeida, Yaman.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pakatan terbabit pada Rabu menyatakan kebenaran itu bagi memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan masuk ke Yaman.
Ia juga dilakukan selepas desakan komuniti antarabangsa serta mengambil kira sekatan jalan darat yang dilakukan pemberontak Houthi.
Menurut penganalisis, langkah pembukaan pelabuhan selama sebulan terbabit adalah langkah bijak Riyadh disebalik serangan berangkai yang dilancar Houthi.
Pemberontak Houthi yang disokong Iran pada Selasa didakwa melancarkan serangan udara ke Arab saudi namun berjaya dipintas Riyadh.
Serangan mensasarkan Istana Al Yamamah dan telah mencetuskan reaksi spontan negara dunia.
Dalam pada itu, Presiden Yaman Abed Rabbo Mansour Hadi berkata pentadbirannya tidak mempunyai sebarang pakatan denan mana-mana pihak dan hanya mahu runidngan damai segera dibuat.
"Kami tidak punya rakan strategik untuk merealisasikan pelan damai dan itu sebabnya kami cuba berunding dengan Arab Saudi." jelasnya yang kini berada di Riyadh bagi tujuan tersebut.
Tambahnya jika pelan damai itu boleh dilakukan ia pasti berdepan jalan sukar kerana tindak tanduk pemberontak Houthi kebelakangan ini tidak menampakkan langkah bekerjasama.
"Mereka telah membuktikan kedegilan dengan melakukan serangan ke atas konvoi yang disertai bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
"Jika usaha diteruskan juga, saya fikir ia hanya membuang masa," jelasnya.
Berhubung serangan terbaharu ke atas Riyadh, Amerika Syarikat mendesak tindakan keras dikenakan ke atas Iran.
Jelas duta khas Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley, krisis yang berlaku di yaman adalah tanggungjawab Iran.
"Iran perlu dihukum kerana sokongan yang diberikannya terhadap pemberontak Houthi," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Iran
#PBB
#Yemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.