awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robert Redford meninggal dunia pada usia 89 tahun

Agensi
Agensi
16/09/2025
13:00 MYT
Robert Redford meninggal dunia pada usia 89 tahun
Memetik media tempatan, Redford meninggal dunia dalam tidurnya namun punca kematian tidak dinyatakan. - Gambar Reuters
Pelakon, pengarah dan penerbit Hollywood, Robert Redford meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor The New York Times yang memetik jurucakapnya.
Memetik media tempatan, Redford meninggal dunia dalam tidurnya namun punca kematian tidak dinyatakan.
Lahir di daerah Los Angeles, beliau mula muncul di pentas teater pada akhir tahun 1950-an, sebelum memulakan kerjaya televisyen pada tahun 1960 dan membuat penampilan sulung dalam filem War Hunt.
Redford mencuri hati penonton menerusi watak romantik dalam Out of Africa selain tampil dalam filem berunsur politik seperti The Candidate dan All the President’s Men.
Beliau turut membintangi filem The Electric Horseman dan Indecent Proposal.
Mendiang juga menggunakan jutaan dolar yang diperoleh untuk menubuhkan Sundance Institute dan Festival pada tahun 1970-an.
Walaupun tidak pernah memenangi Oscar untuk Pelakon Terbaik, percubaan pertamanya sebagai pengarah menerusi drama keluarga Ordinary People (1980) memenangi Anugerah Oscar untuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Beliau tetap paling dikenali menerusi dua filem awal bersama Paul Newman iaitu filem koboi Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) dan The Sting (1973).
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Robert Redford
#meninggal dunia
#War Hunt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan