awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roket lintas ruang udara Tebing Barat, Iran lancar siri serangan baharu

Agensi
Agensi
16/06/2025
04:20 MYT
Roket lintas ruang udara Tebing Barat, Iran lancar siri serangan baharu
Roket melintasi ruang udara bandar Tebing Barat pada Isnin susulan Iran mengumumkan pelancaran siri serangan baharu ke arah Israel.- Reuters
TEBING BARAT: Roket melintasi ruang udara bandar Tebing Barat pada Isnin susulan Iran mengumumkan pelancaran siri serangan baharu ke arah Israel.
Dalam pada itu, letupan turut kedengaran ketika misil pemintas dilancarkan dari Hebron dan Ramallah bagi memintas projektil yang datang dari Israel.
Israel dan Iran melancarkan serangan balas pada Ahad, yang mengakibatkan kematian ramai orang awam dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan konflik yang lebih meluas.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata konflik tersebut boleh diselesaikan dengan mudah dan memberi amaran kepada Tehran supaya tidak terus menyerang sasaran Amerika Syarikat.
The Times of Israel melaporkan sebuah bangunan setinggi 20 tingkat di Petah Tikvah mengalami kerosakan teruk akibat serangan.
Sementara itu, sebuah video dimuat naik oleh Saluran Berita 12 Israel menunjukkan "kerosakan teruk" pada beberapa bangunan susulan serangan terbaru oleh Iran di seluruh negara.
Menurut laporan terkini dari Israel, sekurang-kurangnya tiga orang terkorban manakala puluhan yang lain cedera dalam serangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#letupan
#Tebing Barat
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami