awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roket pertama UK alami 'anomali', gagal capai orbit

Bernama
Bernama
10/01/2023
04:10 MYT
Roket pertama UK alami 'anomali', gagal capai orbit
Roket LauncherOne ketika disimpan di Spaceport Cornwall, UK. - Foto AP
LONDON: Roket LauncherOne, yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada misi roket pertama United Kingdom (UK), menghadapi 'anomali' yang menghalangnya daripada mencapai orbit.
Anamoli bermaksud penyimpangan daripada peraturan (jenis atau bentuk) yang biasa.
"Berlaku anomali yang menghalangnya mencapai orbit. Kami sedang menilai maklumat itu," kata Virgin Orbit di Twitter lewat Isnin, hampir 30 minit selepas mendakwa roket itu berjaya memasuki orbit.
Menurut Virgin Orbit mereka akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai perkembangan terkini misi berkenaan, lapor Agensi Anadolu.
Virgin Orbit melancarkan roket LauncherOne, pelancaran orbit pertama negara itu dari Cornwall, England pada Isnin.
Misi Start Me Up, kerjasama antara Agensi Angkasa UK, Majlis Cornwall, Tentera Udara Diraja dan Orbit Virgin, itu membawa satelit daripada tujuh pelanggan ke angkasa termasuk muatan komersial dan kerajaan beberapa negara dan misi usaha sama Amerika Syarikat-United Kingdom.
Pesawat Virgin Orbit itu yang membawa sembilan satelit kecil, berlepas dari Cornwall Spaceport pada 2202 GMT.
LauncherOne keluar dari pesawat pengangkutnya pada 2309 GMT.
Pesawat Virgin Orbit Cosmic Girl kemudiannya selamat kembali ke Cornwall Spaceport pada pukul 6 pagi Selasa.
Pada November, Cornwall Spaceport menerima lesen tapak pelepasan angkasa pertama UK daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK (CAA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LauncherOne
#misi roket
#orbit
#anomali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan