awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roket Starship 36 meletup semasa ujian

Bernama
Bernama
19/06/2025
23:40 MYT
Roket Starship 36 meletup semasa ujian
Rakaman video memaparkan detik kemusnahan itu dengan menunjukkan letupan berlaku berhampiran muncung roket beberapa saat sebelum bola api besar meletup ke langit malam dengan serpihan bertaburan di sekitar kemudahan itu. - Foto x @TheRocketFuture
SACRAMENTO (Amerika Syarikat): Roket Starship 36 milik SpaceX meletup semasa ujian rutin di darat sekali gus menjadi kegagalan terbaharu yang melanda program angkasa lepas syarikat itu sepanjang tahun ini, lapor Xinhua.
"Pada Rabu, 18 Jun kira-kira 11 malam CT (0400 Khamis GMT), roket Starship yang bersedia untuk ujian penerbangan kesepuluh mengalami anomali besar semasa berada di pelantar ujian di Starbase," kata SpaceX dalam satu hantaran di platform X, sambil mengesahkan "semua kakitangan selamat dan "tiada bahaya terhadap penduduk sekitar."
Letupan berlaku ketika jurutera sedang membuat persiapan untuk ujian pembakaran statik ke atas roket bersaiz besar itu.
Rakaman video memaparkan detik kemusnahan itu dengan menunjukkan letupan berlaku berhampiran muncung roket beberapa saat sebelum bola api besar meletup ke langit malam dengan serpihan bertaburan di sekitar kemudahan itu.
Kebakaran yang tercetus susulan letupan berkenaan berlanjutan selama lebih 90 minit sebelum berjaya dipadamkan, lapor CBS News.
Media tempatan melaporkan bahawa tingkap rumah berhampiran bergegar dan kesan letupan turut dirasai sehingga Pulau South Padre dan Port Isabel yang terletak beberapa kilometer dari tapak ujian.
Awal tahun ini, tiga penerbangan Starship juga mengalami kegagalan berturut-turut dengan masalah teknikal, khususnya berkaitan enjin Raptor dikenal pasti sebagai punca utama kepada siri kegagalan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Roket Starship 36
#Roket Starship 36 meletup
#SpaceX
#Starbase
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan