awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan pusingan kedua Iran-AS bermula di Rom

Bernama
Bernama
20/04/2025
00:20 MYT
Rundingan pusingan kedua Iran-AS bermula di Rom
Abbas Araqchi tiba di Rom awal pagi Sabtu untuk menghadiri rundingan yang dihoskan oleh Kedutaan Oman di Rom. - Foto AP
TEHRAN: Rundingan tidak langsung pusingan kedua antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) bermula di ibu kota Itali, Rom, bagi membincangkan program nuklear awam Republik Islam itu serta penamatan sekatan oleh AS.
Menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Menteri Luar Iran Abbas Araqchi tiba di Rom awal pagi Sabtu untuk menghadiri rundingan yang dihoskan oleh Kedutaan Oman di Rom. Pusingan pertama diadakan di ibu kota Oman, Muscat, pada Sabtu lepas.
Rundingan diketuai oleh Araqchi dan Steve Witkoff, utusan khas Presiden AS ke Asia Barat.
Iran sebelum ini menegaskan bahawa sebarang perjanjian mesti merangkumi penamatan sekatan serta menangani isu-isu utama negara itu termasuk jaminan dan perlindungan daripada penarikan semula secara unilateral oleh AS pada masa hadapan.
AS secara unilateral menarik diri daripada perjanjian pelbagai hala dengan Iran pada 2018 semasa penggal pertama Presiden Donald Trump dan melancarkan kempen "tekanan maksimum" terhadap Republik Islam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rundingan
#program nuklear awam
#Abbas Araqchi
#Steve Witkoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan