awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia mungkin terima mata wang tempatan atau bitcoin bagi eksport minyak dan gasnya

Bernama
Bernama
25/03/2022
03:54 MYT
Rusia mungkin terima mata wang tempatan atau bitcoin bagi eksport minyak dan gasnya
Rusia mempertimbangkan untuk menerima mata wang tempatan atau Bitcoin sebagai kaedah bayaran untuk eksport minyak dan gasnya.- Gambar hiasan
MOSCOW: Rusia mempertimbangkan untuk menerima mata wang tempatan atau Bitcoin sebagai kaedah bayaran untuk eksport minyak dan gasnya, menurut seorang pegawai pada Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Tenaga Duma, Pavel Zavalny berkata Rusia bersedia menjadi lebih fleksibel mengenai kaedah pembayaran terutama dengan negara seperti Turki dan China.
"Kami telah mencadangkan kepada China untuk beralih kepada mata wang dalam bentuk ruble dan yuan.Sementara itu, ia akan menggunakan lira dan ruble apabila berurusan dengan Turki.," katanya.
"Anda juga boleh membayar dengan menggunakan Bitcoin," katanya.
Beliau berkata negara yang mempunyai hubungan baik dengan Moscow juga boleh membeli gas asli menggunakan emas, lapor Agensi Anadolu.
BACA: Rusia arahkan jualan minyak negara dalam mata wang ruble
Menyentuh mengenai keputusan Moscow mahu negara lain menggunakan rubel untuk membeli minyak dan gas, beliau berkata urusan penjualan gas asli dalam dolar atau euro menghadapi masalah akibat sekatan.
Krisis Rusia dan Ukraine sejak 24 Feb, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menghentikan operasi di Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#Turki
#Bitcoin
#putin
#ruble
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan