awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan

Bernama
Bernama
19/02/2025
20:15 MYT
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
"Minggu depan, kami merancang komunikasi peringkat tinggi dengan rakan sejawat kami di Syria, kami akan terus memaklumkan perkembangan," kata Lavrov. - Gambar Reuters
MOSCOW: Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov ketika berucap di Duma, Dewan Rakyat Parlimen Rusia.
"Minggu depan, kami merancang komunikasi peringkat tinggi dengan rakan sejawat kami di Syria, kami akan terus memaklumkan perkembangan," lapor agensi berita TASS yang memetik kenyataan Lavrov.
Beliau turut memaklumkan, satu delegasi antara agensi Rusia yang diketuai oleh Mikhail Bogdanov, Utusan Khas Presiden bagi Timur Tengah dan Afrika merangkap Timbalan Menteri Luar, telah melawat Damsyik pada akhir Januari.
Pada 11 Feb, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Sementara Syria, Ahmed al-Sharaa mengadakan perbualan telefon, membincangkan kemungkinan menyemak semula perjanjian yang sebelum ini dimeterai antara Moscow dan pihak berkuasa Syria terdahulu.
Menurut kenyataan daripada pejabat pemimpin sementara Syria, al-Sharaa menegaskan hubungan strategik kukuh antara Syria dan Rusia.
Beliau juga menekankan bahawa Syria terbuka untuk bekerjasama sekiranya ia selaras dengan kepentingan rakyat Syria serta menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Syria
#Sergey Lavrov
#perjanjian
#perbincangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan