awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Lima bangunan di Bandung rosak teruk dibakar penunjuk perasaan

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
08:30 MYT
Rusuhan Indonesia: Lima bangunan di Bandung rosak teruk dibakar penunjuk perasaan
Kebanyakan premis tersebut diserbu dan dibakar ketika demonstrasi memuncak lewat malam Jumaat. -Gambar fail/Reuters
BANDUNG: Sekurang-kurangnya lima bangunan di pusat bandar Bandung mengalami kerosakan teruk selepas dibakar penunjuk perasaan dalam demonstrasi yang tercetus di beberapa bandar utama di Indonesia.

Ringkasan AI
  • Lima bangunan di pusat bandar Bandung rosak teruk selepas dibakar penunjuk perasaan dalam demonstrasi yang memuncak lewat malam Jumaat.
  • Demonstrasi ini sebahagian daripada gelombang protes nasional susulan isu elaun ahli parlimen dan kematian Affan Kurniawan, dengan empat maut dan lebih 600 ditahan.
  • Presiden Prabowo Subianto arahkan siasatan menyeluruh dan menyeru semua pihak agar bertenang serta menghormati proses undang-undang.

Menurut laporan media tempatan dan saksi di lokasi, bangunan yang terjejas termasuk sebuah bank, restoran, pusat komuniti, pejabat daerah, dan kedai serbaneka.
Kebanyakan premis tersebut diserbu dan dibakar ketika demonstrasi memuncak lewat malam Jumaat.
Pasukan bomba dan polis berjaya mengawal kebakaran selepas beberapa jam, namun kerosakan struktur dilaporkan serius dan operasi perniagaan di kawasan tersebut terpaksa dihentikan sementara.
Demonstrasi di Bandung merupakan sebahagian daripada gelombang protes nasional yang bermula pada 25 Ogos lalu, susulan cadangan kenaikan elaun perumahan ahli parlimen sebanyak 50 juta rupiah sebulan.
Ketegangan memuncak selepas insiden kematian Affan Kurniawan, 21, yang dilanggar kenderaan taktikal polis semasa rusuhan di Jakarta.
Setakat ini, empat individu disahkan terkorban dan lebih 600 ditahan di seluruh negara.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, telah mengarahkan siasatan menyeluruh dan menyeru agar semua pihak bertenang serta menghormati proses undang-undang.
Topic Berkaitan
#rusuhan Indonesia
#Affan Kurniawan
#bandung
#Lima bangunan rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan