awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Australia belum diminta sertai sekatan Trump di Selat Hormuz - Albanese

Bernama
Bernama
13/04/2026
06:55 MYT
Konflik Asia Barat: Australia belum diminta sertai sekatan Trump di Selat Hormuz -  Albanese
Menurut Albanese, pihaknya belum menerima permintaan dan mereka telah membuat pengumuman ini malam tad secara unilateral dan belum diminta untuk mengambil perhatian. - Gambar fail
Australia belum diminta untuk mengambil bahagian dalam sekatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap pelabuhan Iran di Selat Hormuz, kata Perdana Menteri Anthony Albanese pada Isnin sambil menggesa Washington dan Tehran menyambung semula rundingan damai, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
"Kami belum menerima permintaan dan mereka telah membuat pengumuman ini malam tadi...secara unilateral. Kami belum diminta untuk mengambil bahagian," Albanese memberitahu Channel Nine.
Baru-baru ini, Albanese menamakan ketua tentera laut Naib Laksamana Mark Hammond sebagai ketua Angkatan Pertahanan Australia yang baharu.
"Ini AS yang membuat keputusan. Apa yang kita mahu ialah rundingan diteruskan.
"Kita mahu lihat penamatan terhadap kehilangan nyawa dan kehilangan infrastruktur di Asia Barat. Kita mahu lihat perdagangan disambung semula. Ini memberi kesan ekonomi global yang besar, bukan sahaja di Australia. Setiap negara sedang terjejas," katanya.
Trump mengumumkan sekatan itu pada Ahad selepas rundingan antara AS dan Iran di ibu negara Pakistan, Islamabad berakhir tanpa kata putus.
Pakistan menjadi pengantara gencatan senjata AS-Iran selama dua minggu sebelum ini.
Perang Iran telah mengganggu penghantaran melalui Selat Hormuz, arteri utama untuk perdagangan minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) global, mengakibatkan kejutan tenaga yang teruk di seluruh dunia.
Dalam perkembangan berkaitan, Albanese mengumumkan beliau akan ke Brunei dan Malaysia dari 14-17 April untuk membincangkan mengenai tenaga dan keselamatan makanan.
Beliau akan bertemu Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut pejabatnya dalam kenyataan.
Australia ialah salah satu pengeksport utama LNG di dunia namun bergantung pada Asia untuk sebahagian besar bahan api dan baja yang diperlukan untuk petani menghasilkan tanaman makanan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Anthony Albanese
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz Ditutup
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan