awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Punca kematian bukan akibat rusuhan, kehadiran lebih kapasiti - Menteri

Nailah Huda
Nailah Huda
02/10/2022
10:59 MYT
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Punca kematian bukan akibat rusuhan, kehadiran lebih kapasiti - Menteri
Setakat petang Ahad, angka kematian akibat insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan meningkat kepada sekurang-kurangnya 174 manakala 180 yang lain cedera. - Foto/ REUTERS
PUNCA kematian lebih 170 mangsa ketika perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur pada Sabtu bukan akibat rusuhan antara penyokong Arema FC dan Persebaya.
Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD, menjelaskan kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.
“Perlu saya tegaskan bahawa tragedi Kanjuruhan itu bukan akibat rusuhan antara penyokong Persebaya dan Arema kerana pada perlawanan itu, penyokong Persebaya tidak boleh ikut menonton. Penyokong di lapangan hanya dari pihak Arema.
“Oleh sebab itu, mangsa korban pada umumnya meninggal dunia akibat desak-desakan, saling himpit dan terinjak-injak serta sesak nafas. Tidak ada korban akibat dipukul atau dianiaya antara penyokong,” katanya menerusi muat naik di Instagram hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan perlawanan bola sepak Stadium Kanjuruhan: Angka korban terus meningkat
Beliau berkata, kehadiran penyokong ke stadium berkenaan juga didapati melebihi kapasiti sepatutnya.
Jelas beliau, sebanyak 42,000 tiket dicetak bagi perlawanan tersebut meskipun kapasiti stadium itu hanya boleh memuatkan 38,000 penonton.
“Sebenarnya, sejak sebelum perlawanan, pihak penganjur sudah boleh menjangka melalui koordinasi dan cadangan teknikal di lapangan.
“Misalnya, supaya perlawanan dilaksanakan pada waktu petang, bukan malam dan jumlah penonton disesuaikan dengan kapasiti stadium iaitu 38,000 orang,” katanya.
Namun, katanya cadangan tersebut tidak diambil tindakan oleh penganjur apabila perlawanan tetap diadakan pada waktu malam dan tiket yang dicetak sebanyak 42,000.
Setakat petang Ahad, angka kematian akibat insiden berkenaan meningkat kepada sekurang-kurangnya 174 manakala 180 yang lain cedera.
Selain kapasiti stadium, tindakan pihak berkuasa Indonesia turut dipersoalkan terutama kerana menggunakan gas pemedih mata terhadap penonton yang lari ke pintu-pintu keluar stadium akibat panik, sekali gus mengakibatkan ramai mangsa dipijak dan mengalami sesak nafas.
Topic Berkaitan
#Stadium Kanjuruhan
#Jawa Timur
#Mahfud MD
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan