awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump padam imej janaan AI gambarkan diri beliau sebagai Nabi Isa selepas bantahan
Konflik Asia Barat: Tiada negara berhak sekat selat antarabangsa - Ketua IMO
Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di stesen minyak di Penampang

Bernama
Bernama
13/04/2026
08:13 MYT
KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di stesen minyak di Penampang
Hasil operasi turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki melakukan aktiviti pengisian diesel melebihi had dibenarkan oleh arahan Pengawal Bekalan. - Gambar fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menggagalkan cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan keseluruhan RM12,897.35 dalam serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 di Penampang, Jumaat lepas.
Pengarahnya Shahril Nizam Shahidin berkata hasil operasi turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki melakukan aktiviti pengisian diesel melebihi had dibenarkan oleh arahan Pengawal Bekalan.
Beliau berkata serbuan dijalankan hasil pemantauan rapi dan risikan berterusan di beberapa stesen minyak di sekitar bandar raya ini sebelum serbuan dijalankan di sebuah stesen minyak di Penampang.
“Suspek yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Trooper didapati sedang melakukan aktiviti mencurigakan di satu daripada pam di stesen minyak tersebut.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki tambahan melalui saluran penutup isian minyak kenderaan itu melebihi had dibenarkan, sekali gus disyaki cuba menyeleweng barangan kawalan bersubsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahril Nizam berkata pemeriksaan turut menemukan satu tangki IBC berkapasiti 1,000 liter mengandungi kira-kira 250 liter diesel.
Beliau berkata antara barangan disita dalam serbuan itu ialah kenderaan pacuan empat roda itu berserta kunci, resit pembelian, minyak diesel, tangki IBC, pam elektrik serta hos getah.
“Lelaki itu dan pengusaha stesen minyak terlibat akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#ops tiris 4.0
#diesel
#stesen minyak
#Penampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan