awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN

Bernama
Bernama
13/04/2026
16:01 MYT
Krisis tenaga global: Hubungan strategik bantu Malaysia tangani isu bekalan - MKN
Raja Nurshirwan berkata, jalinan hubungan diplomatik dua hala yang kukuh dengan negara luar turut membantu Malaysia dalam meredakan kesan gangguan rantaian bekalan global akibat krisis berkenaan. - Gambar Bernama
Kedudukan strategik Malaysia dalam rantaian pembuatan global serta hubungan diplomatik yang kukuh dengan pemain industri antarabangsa membolehkan negara ini menangani kesan krisis tenaga global dengan lebih berkesan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata, kelebihan itu memberi ruang dan peluang kepada Malaysia untuk mendapatkan sumber bahan api alternatif sekiranya keadaan mendesak.
Beliau berkata, sebagai contoh, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang mempunyai operasi di seluruh dunia boleh memanfaatkan rangkaian serta hubungan erat dengan pemain industri global bagi tujuan berkenaan.
“Kita terletak di kedudukan strategik dalam rantaian pembuatan dunia, jadi kita mempunyai hubungan dengan pemain-pemain penting. Petronas pula mempunyai operasi di seluruh dunia dan mereka boleh menggunakan hubungan tersebut untuk mendapatkan sumber bahan api,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Mendepani Krisis Tenaga Global: Kesiapsiagaan dan Ketahanan Negara’, malam Isnin.

Sementara itu, Raja Nurshirwan berkata, jalinan hubungan diplomatik dua hala yang kukuh dengan negara luar turut membantu Malaysia dalam meredakan kesan gangguan rantaian bekalan global akibat krisis berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia yang dijadualkan Rabu ini antara lain akan membincangkan agenda berkaitan bekalan bahan api antara kedua-dua negara.

“Jadi kita mempunyai hubungan sebegini yang membolehkan kita menangani keadaan ini dengan lebih baik berbanding kebanyakan negara di dunia,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#MKN
#bahan api
#Petronas
#pemain industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan