awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sadat Amin, pesalah pertama pornografi kanak-kanak di Pakistan

Agensi
Agensi
27/04/2018
00:22 MYT
Sadat Amin, pesalah pertama pornografi kanak-kanak di Pakistan
Pihak berkuasa menemui 650,000 foto dan video pornografi kanak-kanak dalam simpanan Sadat selepas dimaklumkan oleh Kedutaan Norway di Lahore. - Gambar hiasan
Seorang lelaki menjadi pesalah pertama di Pakistan, apabila disabitkan kesalahan pornografi kanak-kanak selepas dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.
Sadat Amin didapati bersalah oleh mahkamah di Lahore atas jenayah pornografi kanak-kanak yang turut dilakukan membabitkan negara di Eropah dan Amerika Syarikat.
Menurut Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Sadat ditahan selepas Kedutaan Norway membuat laporan berhubung kes itu pada April tahun lalu.
Ketika siasatan dilakukan, pasukan menemui 650,000 foto dan video pornografi kanak-kanak dalam simpanan Sadat.
Selain dipenjara tujuh tahun, Sadat turut didenda 1.2 juta Rupee (sekitar RM40,400) oleh mahkamah di timur Lahore.
Sejak Mac 2017, pornografi kanak-kanak dan serangan seksual mangsa di bawah umur disenaraikan sebagai jenayah di bawah undang-undang selepas Pakistan meluluskan pindaan rang undang-undang.
Melalui pindaan itu, pesalah yang disabitkan dengan jenayah serangan seksual ke atas mangsa bawah umur kini boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Pakistan
#Pesalah pertama Pakistan
#pornografi kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan