awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah! Myanmar amalkan Aparteid terhadap Rohingya

Dr Azlinariah Abdullah
Dr Azlinariah Abdullah
21/11/2017
09:51 MYT
Sah! Myanmar amalkan Aparteid terhadap Rohingya
Tentera Myanmar didapati mengamalkan Aparteid terhadap Rohingya. - Gambar fail
Laporan badan hak asasi Amnesty International (AI) mendedahkan, rejim Myanmar sah melakukan diskriminasi ke atas etnik Rohingya.
Tahap diskriminasi yang dilakukan itu boleh dianggap satu bentuk Aparteid, mirip yang berlaku di Afrika Selatan sebelum ini.
Menurut laporan itu, rejim di Myanmar melakukan pembunuhan beramai-ramai sekali gus memaksa etnik minoriti malang itu melarikan diri secara berduyun-duyun ke Bangladesh.
“Walaupun pelanggaran itu berlaku sejak beberapa dekad, terutamanya sejak lima tahun lalu, Rakhine menjadi penjara terbuka bagi kaum minoriti Islam secara amnya, dan khususnya untuk Rohingya.
"Sistem ini pada dasarnya nampak dirancang secara sistematik untuk menjadikan kehidupan mereka sebagai memalukan dan tiada harapan lagi,’’ kata Pengarah Kanan Kajian Amnesty International, Anna Neistat semasa membentangkan laporan itu pada satu sidang media di Bangkok.
Antara lain, kajian AI itu yang mengambil masa selama dua tahun, membabitkan kaedah temu bual dan bukti bagi memperincikan bagaimana kehidupan warga Rohingya di Myanmar.
Dapatan kajian itu membuka persoalan mengenai bentuk keganasan yang akan dihadapi Rohingya jika mereka dibenarkan pulang ke Myanmar.
Pemimpin dunia menegaskan, keganasan yang berlaku di Rakhine perlu dihentikan segera dan pelbagai pihak wajar pastikan pelarian pulang ke kediaman mereka dengan selamat.
Sejak akhir Ogos lalu, lebih 620,000 etnik Rohingya lari meninggalkan Rakhine dan berhijrah ke Bangladesh untuk kehidupan lebih baik.
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Amnesty International
#aparteid
#Aung San Suu Kyi
#Cox's Bazaar
#diskriminasi
#Junta
#mangsa
#Myanmar
#Nelson Mandela
#PBB
#pelarian
#Rakhine
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan