awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sah sarin digunakan dalam serangan Syria April lalu

Agensi
Agensi
30/06/2017
09:44 MYT
Sah sarin digunakan dalam serangan Syria April lalu
Penggunaan agen saraf maut dalam serangan di utara Syria April lalu menyebabkan puluhan orang awam terbunuh. -Foto REUTERS/Ammar Abdullah
Pengawal senjata kimia dunia mengesahkan wujud penggunaan agen saraf berbahaya dalam serangan di utara Syria April lalu yang menyebabkan puluhan orang awam terbunuh.
Laporan berkenaan dikeluarkan pasukan penemuan fakta kepada Reuters Khamis lalu.
Laporan itu juga diedarkan kepada ahli Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague, tetapi tidak dimaklumkan kepada umum.
Serangan pada 4 April di bandar Khan Sheikhoun di wilayah utara Idlib adalah yang paling teruk dalam perang saudara Syria sejak lebih tiga tahun lalu.
Ia mendorong kepada gencatan peluru berpandu Amerika Syarikat terhadap pangkalan udara Syria.
Setelah keterangan saksi diambil dan sampel diperiksa, sebuah misi pencarian fakta (FFM) dari OPCW menyimpulkan bahawa sebilangan besar mereka yang terbunuh terdedah kepada sejenis bahan sarin.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan siasatan OPCW, yang dikenali sebagai JIM, berkata penemuan itu dapat menentukan siapa yang patut dipersalahkan.
JIM telah menemui pasukan kerajaan Syria yang bertanggungjawab ke atas tiga serangan gas klorin pada tahun 2014 dan 2015 dan militan yang menggunakan gas mustard.
Agensi risikan Barat juga menyalahkan pemerintah Bashar al-Assad dalam serangan kimia pada April lalu.
Pegawai Syria telah berulang kali menafikan menggunakan toksin yang terlarang dalam konflik itu.
Syria menyertai konvensyen senjata kimia pada tahun 2013 di bawah Rusia-AS yang melarang campur tangan tentera di bawah Presiden Barack Obama ketika itu.
Amerika Syarikat pada Rabu berkata kerajaan Syria telah diberi amaran minggu ini oleh Washington untuk tidak melakukan serangan senjata kimia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bashar al-Assad
#Pengawal senjata kimia dunia
#sarin
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan