awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sahkan Al-Qaeda bunuh Luke Somers di Yaman

AFP
AFP
06/12/2014
12:03 MYT
AS sahkan Al-Qaeda bunuh Luke Somers di Yaman
AS sahkan Al-Qaeda bunuh Luke Somers di Yaman - Gambar AFP
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel berkata, wartawan, Luke Somers dibunuh dalam satu operasi membebaskannya daripada penculik Al-Qaeda di Yaman.
"Skuad operasi khas yang menjalankan misi di Yaman untuk menyelamatkan Luke dan tahanan lain di Semenanjung Arab.
"Luke dan seorang lagi tebusan bukan warganegara AS dibunuh oleh Al-Qaeda semasa operasi," katanya.
Jelas Hagel lagi, operasi itu diadakan selepas mendapati terdapat alasan kukuh Luke di dalam bahaya.
"Beberapa pengganas juga terbunuh di dalam operasi berkenaan.
"Operasi diadakan dengan kerjasama Kerajaan Yaman sendiri. Misi itu adalah peringatan daripada AS untuk keselamatan masyarakat kita, di mana sahaja di seluruh dunia," ujarnya.
Tebusan kedua yang mati adalah Pierre Korkie dari Afrika Selatan.
Sebelum ini, adik perempuan Luke Somers, Lucy merayu agar abangnya tidak dibunuh dan dikembalikan ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Luke , warga Britain yang diculik pada September 2013 di ibu negara Yemen, Sanaa di mana dia bertugas sebagai jurugambar bebas untuk Yemen Times.
Lucy dalam rakaman videonya berkata abangnya menggunakan profesionnya sebagai wartawan foto bagi menggambarkan kesengsaraan penduduk Yemen.
Al-Qaeda pada Khamis memuat naik video menampilkan Luke dan seorang komander Al-Qaeda yang berkata, nasib Luke akan ditentukan dalam tempoh tiga hari.
Al-Qaeda membuat tuntutan terhadap AS namun tuntutan terperinci tidak diberitahu secara terperinci.
Topic Berkaitan
#jurnalis
#Lucy
#luke
#qaeda
#somers
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan