awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
00:30 MYT
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Wartawan dan hos televisyen Savannah Guthrie, bersama adik-beradiknya Annie dan Camron, menyampaikan mesej melalui satu rakaman video. - Foto REUTERS
TUCSON: Penyampai berita Amerika Syarikat (AS), Savannah Guthrie, mengeluarkan rayuan terbaharu meminta bantuan orang ramai ketika tarikh akhir pembayaran wang tebusan bagi kepulangan ibunya yang hilang semakin hampir, lapor BBC.
Dalam satu video di Instagram pada Isnin, Guthrie berkata keluarganya berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan sebarang maklumat yang boleh membantu.
Ibunya, Nancy Guthrie, dilaporkan hilang dari rumahnya di Tucson pada malam 31 Januari dan dipercayai dibawa pergi secara paksa.
Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) menawarkan ganjaran AS$50,000 bagi maklumat yang membawa kepada penemuannya.
Keluarga turut menyatakan kesediaan membayar wang tebusan, yang didakwa diminta dalam bentuk Bitcoin, namun tarikh akhir awal pembayaran telah berlalu pada 5 Februari.
Guthrie menggesa orang ramai, termasuk mereka di luar Tucson, agar melaporkan sebarang perkara mencurigakan kepada pihak berkuasa.
Pihak sheriff setakat ini memaklumkan tiada suspek atau kenderaan dikenal pasti, manakala FBI sedang meneliti beberapa nota wang tebusan yang dihantar kepada media tempatan.
Kes kehilangan itu terus disiasat ketika kebimbangan terhadap keselamatan mangsa semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#Savannah Guthrie
#wang tebusan
#Nancy Guthrie
#FBI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan