awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SCO gesa gencatan senjata di Gaza, penyelesaian adil isu Palestin

Bernama
Bernama
01/09/2025
15:15 MYT
SCO gesa gencatan senjata di Gaza, penyelesaian adil isu Palestin
Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada Isnin menyatakan "kebimbangan serius" terhadap peningkatan konflik Israel-Palestin dan krisis kemanusiaan di Gaza. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) pada Isnin menyatakan "kebimbangan serius" terhadap peningkatan konflik Israel-Palestin dan krisis kemanusiaan di Gaza.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak SCO ke-25 di Tianjin, China, mereka "mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang menyebabkan banyak korban jiwa dalam kalangan orang awam," lapor Anadolu Ajansi (AA).
Negara anggota SCO menegaskan keperluan gencatan senjata yang menyeluruh dan berkekalan, kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, serta usaha lebih giat untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan di rantau itu.
Menurut kenyataan itu: "satu-satunya cara untuk menjamin keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah penyelesaian menyeluruh dan adil terhadap isu Palestin."
Deklarasi itu diterima pakai sebagai sebahagian daripada Deklarasi Tianjin.
China menjadi tuan rumah sidang kemuncak dua hari itu, dan pemimpin SCO turut meluluskan pelan pembangunan 10 tahun dan bersetuju memperdalam kerjasama ekonomi serta keselamatan.
Kenyataan blok itu dikeluarkan ketika angka korban di Gaza meningkat kepada 63,557 sejak perang Israel di wilayah itu bermula pada Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Pemimpin Pertubuhan Kerjasama Shanghai
#gencatan senjata di Gaza
#isu Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan