awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian kedai serbaneka Amazon Go di AS bakal ditutup

Bernama
Bernama
07/03/2023
05:40 MYT
Sebahagian kedai serbaneka Amazon Go di AS bakal ditutup
Amazon komited dengan format Amazon Go yang telah mengendalikan lebih daripada 20 kedai di seluruh AS dan akan terus mengkaji lokasi dan ciri yang paling sesuai dengan pelanggan. - Gambar hiasan
SAN FRANCISCO: Amazon mengumumkan syarikat itu akan menutup beberapa kedai serbaneka Amazon Go di Amerika Syarikat (AS).
"Seperti mana peruncit fizikal yang lain, kami juga telah menilai portfolio kedai kami secara berkala dan membuat keputusan untuk mengambil langkah pengoptimuman.
"Dalam kes ini, kami telah memutuskan untuk menutup sebilangan kecil kedai Amazon Go di Seattle, New York City dan San Francisco.
"Kami tetap komited dengan format Amazon Go yang telah mengendalikan lebih daripada 20 kedai di seluruh AS dan akan terus mengkaji lokasi dan ciri yang paling sesuai dengan pelanggan sambil terus mengembangkan kedai Amazon Go kami," lapor Xinhua memetik kenyataan syarikat itu.
Dengan penutupan empat kedai itu di San Francisco pada 1 April, Amazon akan menutup semua kedai fizikalnya di Bay Area, menurut laporan San Francisco Chronicle.
Kedai pertama Amazon Go mula dibuka kepada orang ramai pada 2018 yang membolehkan pembeli membayar secara automatik melalui telefon pintar.
Tahun lepas, syarikat itu memaklumkan bahawa ia akan menutup lebih daripada 50 kedai runcit fizikalnya.
Awal tahun ini pula Amazon mengumumkan rancangan pemberhentian yang akan menjejaskan 18,000 pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amazon Go
#Kedai Serbaneka
#kedai tutup
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan