awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian umat Islam sambut Aidil Adha hari ini

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2014
02:45 MYT
Sebahagian umat Islam sambut Aidil Adha hari ini
Sebahagian umat Islam sambut Aidil Adha hari ini - Foto: Viva News
Sebahagian umat Islam di Indonesia menyambut Hari Raya Aidil Adha hari ini, Sabtu, 4 Oktober biarpun kerajaannya menerusi Kementerian Agama telah menetapkan esok (5 Oktober) sebagai tarikh merayakan hari raya Korban 2014.
Salah satu lokasi yang dilaporkan telah melaksanakan solat Aidil Adha adalah di Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta Selatan.
Portal berita Vivanews melaporkan seawal jam 6.30 pagi, jemaah telah memenuhi perkarangan Masjid Al Azhar. Khutbah Aidil Adha disampaikan oleh Ketua Dewan Pembina Yayasan Al Azhar, Jimly yang bertajuk 'Pemimpin yang Berkeadilan'.
Dalam khutbahnya, Jimly menyeru agar semua pihak menghormati perbezaan dalam menyambut Hari Raya Korban.
"Tidak ada alasan untuk tidak bersatu sebagai umat, hanya gara-gara solatnya berbeza jadual. Ini hanya cara saja mengabdi kepada Allah sebagai kaum muslimin," Jimly dipetik sebagai berkata oleh Vivanews.
Ketua DKPP (Dewan Kehormatan Penyelenggara Pemilu) Jimly akan memberikan khutbah pada solat itu. Jimly yang juga merupakan Ketua Dewan Pembina Yayasan Al Azhar itu menyampaikan ceramah yang bertema Pemimpin yang Berkeadilan.
Selain di Jakarta Selatan, Vivanews juga melaporkan solat Hari Raya Korban turut disambut hari ini oleh umat Islam di Di Depok, Jawa Barat selain pengikut ajaran Muhammadiyah yang turut meraikan Aidil Adha hari ini.
Keputusan menyambut Hari Raya Korban awal ini berdasarkan cara Muhammadiyah menggunakan hitungan ilmu hisab bukan rukyah.
Tinjaun Vivanews di Kota Yogyakarta mendapati ribuan pengikut ajaran Muhammadiyah menunaikan solat di perkarangan sekolah Taman Siswa.
Topic Berkaitan
#Aidil Adha
#Indonesia
#Muhammdiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan