awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sehingga 17 taufan diramal jejas Filipina sehingga Januari 2026 - Biro Cuaca

Bernama
Bernama
02/08/2025
20:15 MYT
Sehingga 17 taufan diramal jejas Filipina sehingga Januari 2026 - Biro Cuaca
Menurut PAGASA, satu sistem berpusar menyerupai siklon tropika mungkin terbentuk di bahagian timur kawasan pemantauan mereka antara 1 dan 7 Ogos, namun kebarangkalian ia membentuk siklon adalah rendah. - Gambar hiasan/BERNAMA
MANILA: Sehingga 17 siklon dijangka terbentuk atau memasuki Kawasan Tanggungjawab Filipina (PAR) dari bulan ini hingga Januari 2026, menurut agensi berita Filipina (PNA) yang memetik biro cuaca negara itu.
Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) berkata dua atau tiga taufan dijangka menjejaskan negara itu pada bulan Ogos.
Antara September dan Oktober, negara itu berkemungkinan berdepan dua hingga empat taufan, diikuti dua atau tiga pada November, satu atau dua pada Disember, dan mungkin satu atau tiada langsung pada Januari.
Sementara itu, PAGASA memaklumkan satu sistem berpusar yang menyerupai siklon tropika mungkin terbentuk di bahagian timur kawasan pemantauan mereka antara 1 hingga 7 Ogos, namun kebarangkalian ia membentuk siklon adalah rendah.
Sistem itu dijangka memasuki PAR antara 8 hingga 14 Ogos, namun masih tidak berpotensi untuk berkembang menjadi taufan, menurut jabatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan
#cuaca buruk
#siklon
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan