awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 13 kubur besar dijumpai di Sudan - PBB

Bernama
Bernama
14/09/2023
09:55 MYT
Sekurang-kurangnya 13 kubur besar dijumpai di Sudan - PBB
Sekurang-kurangnya 5,000 orang telah terbunuh manakala lebih 12,000 orang cedera sejak awal konflik di Sudan. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW: Sekurang-kurangnya 13 kubur besar ditemui berhampiran bandar El Geneina di Sudan.
Kubur terbabit dipercayai hasil serangan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan anggota militan lain terhadap rakyat tempatan di wilayah itu, Volker Perthes, wakil khas Setiausaha Agung PBB untuk Sudan dan ketua Misi Bantuan Peralihan Bersepadu PBB di Sudan (UNITAMS), berkata pada Rabu.
"Pejabat Hak Asasi Manusia Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima laporan yang boleh dipercayai tentang kewujudan sekurang-kurangnya 13 kubur besar di El Geneina dan kawasan sekitarnya dan dipercayai milik komuniti Massalit," Perthe memberitahu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, lapor Sputnik.
Beliau menambah bahawa sekurang-kurangnya 5,000 orang telah terbunuh manakala lebih 12,000 orang cedera sejak awal konflik di Sudan.
Lebih 3.7 juta orang hilang tempat tinggal manakala lebih 800,000 pelarian Sudan mencari perlindungan merentasi sempadan akibat konflik, menurut angka PBB.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Sudan
#kubur besar
#PBB
#RSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan