awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 2 terkorban dalam letupan tempat ibadat Sikh-Hindu di Afghanistan

Bernama
Bernama
18/06/2022
08:36 MYT
Sekurang-kurangnya 2 terkorban dalam letupan tempat ibadat Sikh-Hindu di Afghanistan
Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dan tiga anggota keselamatan cedera dalam tiga siri letupan di sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu yang terletak di Kabul, Afghanistan pada Sabtu. - Foto REUTERS
KABUL: Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dan tiga anggota keselamatan cedera dalam tiga siri letupan di sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu yang terletak di Kabul, Afghanistan pada Sabtu, lapor Xinhua.
"Kami mendengar satu letupan kuat di pintu pagar sebuah kuil di kejiranan Kart-e-Parwan sekitar 6 pagi waktu tempatan.
"Dua lagi letupan berlaku di dalam kuil itu," kata seorang saksi.
Pasukan keselamatan telah mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan beberapa das tembakan amaran turut dilepaskan oleh pasukan keselamatan.
Menurut laporan awal, lelaki bersenjata menyerbu masuk bangunan itu dan tiga anggota keselamatan cedera akibat kejadian itu.
Rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan asap kelihatan daripada bangunan dua tingkat itu yang dikelilingi tembok. Media dan orang ramai tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian.
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.
Pada Mac 2020, seramai 24 penganut terbunuh apabila sebuah rumah ibadat Sikh-Hindu diserang di pusat bandar Kabul.
Pada Jumaat, seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera selepas letupan melanda sebuah masjid di wilayah Kunduz di utara negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#rumah ibadat
#Sikh-Hindu
#Kabul
#Afghanistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan