awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, empat cedera dalam letupan tangki minyak di Thailand

Bernama
Bernama
17/01/2023
13:57 MYT
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, empat cedera dalam letupan tangki minyak di Thailand
Sekurang-kurangnya seorang pekerja dok maut dan empat lagi cedera apabila sebuah lori tangki minyak yang berlabuh untuk kerja penyelenggaraan di Limbungan Ruam Mitr di daerah Muang, Samut Songkhram, terbakar dan meletup. - Gambar hiasan
BANGKOK: Sekurang-kurangnya seorang pekerja dok maut dan empat lagi cedera apabila sebuah lori tangki minyak yang berlabuh untuk kerja penyelenggaraan di Limbungan Ruam Mitr di daerah Muang, Samut Songkhram, terbakar dan meletup.
Media tempatan melaporkan dalam kejadian 9.15 pagi (waktu tempatan) pada Selasa itu, tujuh pekerja turut hilang.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) Samut Songkhram berkata dalam kenyataan siasatan awal menunjukkan kapal tangki Smooth Sea 22 itu membawa 16 anak kapal.
"Seorang pekerja ditemui mati manakala empat lagi cedera," kata kenyataan itu.
Bot pemadam kebakaran bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan memulakan operasi memadam kebakaran, mencari dan menyelamat (SAR).
Letupan kecil susulan turut dilaporkan pada tengah hari.
DDPM berkata kapal tangki itu membawa 20,000 liter petrol dan diesel semasa ia berlabuh di limbungan itu di sungai Mae Klong untuk kerja penyelenggaraan.
Kebakaran dan letupan menyebabkan asap tebal dengan media tempatan melaporkan letupan itu turut memecahkan tingkap rumah berdekatan.
Punca kebakaran sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan tangki minyak
#Thailand
#Limbungan Ruam Mitr
#Samut Songkhram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan