awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas asap kebakaran Kanada, penduduk New York rimas dihurung serangga halus

Agensi
Agensi
03/07/2023
14:06 MYT
Selepas asap kebakaran Kanada, penduduk New York rimas dihurung serangga halus
Serangga berkenaan dilaporkan datang dalam kumpulan yang membentuk seperti kepulan awan di beberapa kawasan di Manhattan dan Brooklyn. - AP
NEW YORK: Tiga minggu selepas dilanda jerebu akibat kebakaran hutan di Kanada, penduduk bandar raya New York berdepan pula dengan kebimbangan baharu - serangga terbang yang merimaskan!
Serangga halus yang memenuhi ruang udara itu benar-benar membuatkan orang ramai berasa rimas hingga mengganggu aktiviti seharian mereka.
Media tempoatan melaporkan, sejak Rabu lalu, warga bandar raya yang biasanya mengisi waktu dengan berjoging, mengayuh basikal, berjalan, bersantai di kafe alfresco mahupun pengguna perkhidmatan kereta api bawah tanah, mengadu tentang gangguan serangga berkenaan yang hadir dalam jumlah yang banyak.
Banyak pihak yang menyaksikan serangga berkenaan datang dalam kumpulan yang membentuk seperti kepulan awan di beberapa kawasan di Manhattan dan Brooklyn, hingga ada yang risau ia masuk ke dalam rongga mulut dan hidung.
Serangga berkenaan berwarna putih atau hijau, manakala saiznya yang halus membuatkan kehadirannya hampir tidak disedari oleh mata kasar.
Sementara belum ada pihak yang mengesahkan spesies berkenaan, ada yang berspekulasi bahawa ia sejenis pyrophilous, yang menyukai kehangatan, sekali gus mengaitkan kedatangannya bersama asap kebakaran dari Kanada.
Sekurang-kurangnya terdapat 25 keluarga serangga pyrophilous.
Salah satunya adalah yang dikenali sebagai Microsania imperfecta, yang dilihat menunjukkan respons positif terhadap impak asap untuk tujuan mengawan.
“Asap dikenal pasti memberi kesan terhadap sifat mengawan serangga ini," menurut Encyclopedia of Entomology.
The swarming bugs in #NYC no. joke. I walked through a cloud of them and now Im covered! whats happening!!! #plague #endoftheworld #newyork #swarm #bugs #manhattan #abc7ny pic.twitter.com/dC5tjElv9W
— Alex Dierckman (@AlexDierckman) June 30, 2023
If you've walked into a swarm of bugs in New York City recently - you're not alone. https://t.co/DejoK9myqO
— CBS New York (@CBSNewYork) June 30, 2023
Namun ada pula yang mengatakan serangga itu bukan dari jenis pyrophilous, selain menjadi indikator persekitaran yang sihat.
"Serangga itu adalah dari jenis aphid," jelas saintis zoologi dari American Museum of Natural History, Louis Sorkin, kepada NYTimes.
Pandangan Sorkin turut disokong kurator dan pakar entomologi muzium berkenaan, David Grimaldi, yang menjelaskan aphid berkenaan asalnya tidak memiliki sayap, namun boleh berubah ke fasa bersayap.
“Apabila populasinya semakin banyak, ia bertukar ke fasa bersayap dengan cepat. Berita baiknya, ia menunjukkan persekitaran di siitu sihat kerana tiada unsur pestisid (racun)," katanya.
Jody Gangloff-Kaufmann dari program kawalan serangga perosak di Cornell University pula memberitahu, kehadirannya ada kaitan dengan iklim panas sekali gus mencetus migrasi besar-besaran aphid bersayap tersebut.
“Seperti kebanyakan perkara, ini semua akan berakhir secepat ia bermula," ramal Gangloff-Kaufmann.
Topic Berkaitan
#New York
#serangga
#jerebu
#aphid
#pestisid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan