awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesai isu tuntutan bertindih, elak konflik bersenjata

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2013
22:17 MYT
Selesai isu tuntutan bertindih, elak konflik bersenjata
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menasihati negara-negara Asia yang terlibat dalam tuntutan bertindih mematuhi undang-undang antarabangsa bagi memastikan tidak berlaku konflik bersenjata.
Jelas beliau, tuntutan bertindih itu bakal dibincangkan pada Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak Amerika Syarikat-Asean yang dijadual berlangsung pada Oktober ini di Brunei.
Obama yang menerima kunjungan hormat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Washington dijangka menghadiri kedua-dua sidang berkenaan dalam usaha White House meningkatkan hubungan diplomasi dengan Asia.
Pada pertemuan itu, Obama turut memuji kepimpinan Sultan Hassanal Bolkiah dalam menangani isu tuntutan bertindih dengan bijaksana.
Setakat ini, negara Asean dan Asia masih belum dapat menyelesaikan tuntutan bertindih beberapa wilayah di perairan Laut China Selatan dan China Timur.
China dilaporkan telah meningkatkan kawalan tentera laut berhampiran kepulauan yang dituntut bersama Filipina dan Jepun.
Selain tuntutan bertindih, Obama dijangka turut membangkitkan isu tenaga dan perubahan cuaca selain perkembangan program kerjasama Trans-Pasifik melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#Barack Obama
#Brunei
#Sultan Hassanal Bolkiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan