awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua hospital di Gaza kehabisan simpanan bahan api

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2023
23:30 MYT
Semua hospital di Gaza kehabisan simpanan bahan api
Seorang wartawan warga Palestin memeluk anak buahnya yang cedera susulan serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas rumahnya di kem pelarian Nusseirat, Semenanjung Gaza. - Foto AP
GAZA: Kesemua hospital di seluruh Semenanjung Gaza telah kehabisan simpanan bahan api untuk menjana elektrik kecemasan, meletakkan nyawa ribuan pesakitnya dalam risiko.
Rakyat di Gaza terpaksa hidup menggunakan bekalan bahan api kecemasan selama lebih dua minggu, ekoran Israel mengenakan "sekatan sepenuhnya" termasuk bekalan bahan api, elektrik dan air untuk operasi.
Menurut jurucakap kesihatan Gaza, situasi itu telah memburukkan lagi keadaan dan ia jelas satu kezaliman kemanusiaan buat penduduk Gaza.
Kini satu persatu hospital berkemungkinan menutup operasinya, ekoran bekalan elektrik sangat diperlukan bagi penjanaan hampir kesemua peralatan perubatan, termasuk untuk melakukan pembedahan kecemasan.
Bukan itu sahaja, bekalan perubatan yang baru tiba juga masih jauh dari mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Gaza yang semakin meningkat.
Sebarang usaha mekanisme bantuan kemanusiaan semasa juga seperti telah gagal, membawa kepada kegegalan usaha pemulihan krisis kemanusiaan di wilayah itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah memberi amaran seawal 12 Oktober lalu bahawa sistem kesihatan di Gaza berada pada "takat pecah" dan berpotensi untuk lumpuh.
Topic Berkaitan
#simpanan bahan api
#Gaza
#Hospital
#bekalan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan