awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut dalam kejadian letupan di lapangan terbang kendalian MAHB di Turki

Najib Aroff
Najib Aroff
23/12/2015
09:04 MYT
Seorang maut dalam kejadian letupan di lapangan terbang kendalian MAHB di Turki
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pemilik penuh ISGIA dalam kenyataan berkata letupan di kawasan landasan masih disiasat pihak polis Turki. - Gambar Fail
Satu letupan dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA) pada 2.10 pagi waktu tempatan meragut satu nyawa dan mencederakan seorang yang lain.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pemilik penuh ISGIA dalam satu kenyataan petang ini berkata letupan di kawasan landasan itu masih disiasat pihak polis Turki.
MAHB berkata polis turut meningkatkan kawalan di sekitar lapangan terbang tersebut dan Majlis Keselamatan Penerbangan sudah dimaklumkan tentang perkara berkenaan.
Pihak kerajaan Turki turut meningkatkan kawalan disekitar lapangan terbang termasuk menggunakan unit helikopter pemantau.
“Kami bekerjasama rapat dengan Kerajaan Turki dan pihak pengurusan di sana bagi membantu siasatan, dan kami masih menanti laporan rasmi susulan kejadian berkenaan,” kata Pengarah Eksekutif ISGIA Datuk Azmi Murad.
ISGIA meneruskan operasi penerbangan seperti biasa kira kira 4 pagi waktu tempatan.
Sementara itu agensi berita AFP melaporkan seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian itu.
Mangsa Zehra Yamac, 30, seorang pembersih di lapangan terbang itu meninggal dunia beberapa jam selepas letupan setelah cedera parah di kepala.
Laporan turut menyebut tiada penumpang di kawasan berkenaan ketika letupan berlaku.
Topic Berkaitan
#ISGIA
#MAHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan