awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang warga Iran, 4 warga Iraq dihukum penjara seumur hidup kerana bunuh rakyat AS

Bernama
Bernama
01/09/2023
04:30 MYT
Seorang warga Iran, 4 warga Iraq dihukum penjara seumur hidup kerana bunuh rakyat AS
Pasukan risikan masih memburu empat lagi suspek yang terlibat dalam kes itu. - Gambar hiasan
BAGHDAD: Badan kehakiman Iraq pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang warga Iran dan empat rakyat Iraq kerana membunuh seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) di Baghdad tahun lepas, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq.
Stephen Troll ditembak mati oleh sekumpulan penculik bersenjata ketika memandu bersama keluarganya di tengah Baghdad November lepas.
Penyerang kemudian ditahan dan didakwa selepas mereka mengaku melakukan jenayah itu.
Pasukan risikan masih memburu empat lagi suspek yang terlibat dalam kes itu.
Menurut laporan media, Troll yang pernah menjadi guru Bahasa Inggeris di Baghdad juga merupakan ahli organisasi bantuan yang bergabung dengan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara seumur hidup
#Stephen Troll
#guru bahasa Inggeris
#penculik bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan