awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40 orang

Bernama
Bernama
09/06/2022
03:30 MYT
Serangan gereja di Nigeria, angka korban meningkat kepada 40 orang
Naib Presiden Nigeria Yemi Osinbajo (tengah) mengadakan lawatan susulan serangan pada Ahad, di Gereja Katolik St Francis, Owo Nigeria, 6 Jun 2022. (Foto AP)
LAGOS: Angka korban akibat serangan berdarah di sebuah gereja di barat daya Nigeria pada Ahad meningkat kepada 40 orang, kata gabenor wilayah Ondo, Arakunrin Rotimi Akeredolu pada Rabu.
Sementara itu, 61 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital tempatan, dan 26 orang telah dibenarkan keluar dari hospital, lapor Xinhua.
Taman peringatan akan dibina bagi mengebumikan mereka yang terbunuh dalam serangan itu.
Kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah akaun bank bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa dan mangsa yang terselamat, katanya.
Pada Isnin, Akeredolu mengisytiharkan tempoh perkabungan tujuh hari dan mengarahkan agar bendera dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam sebagai mengenang mangsa terkorban.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad di Abuja, Presiden Nigeria Muhammadu Buhari mengutuk pembunuhan kejam itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nigeria
#Serangan Gereja
#taman peringatan
#tempoh berkabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan