awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbia, Kosovo di ambang peperangan

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2022
01:40 MYT
Serbia, Kosovo di ambang peperangan
Kereta kebal milik tentera Serbia dilihat di kawasan sempadan Kosovo. - Foto AP
MITROVICA: Serbia mula meletakkan tentera keselamatannya di sempadan Kosovo dalam keadaan siap siaga penuh untuk bertempur ketika kedua negara musuh sewaktu perang Balkan itu di ambang peperangan.
Ketegangan mula memuncak selepas tentera Serbia mengadakan lebih banyak sekatan jalan raya di utara Kosovo dan menghalang orang ramai melintasi sempadan.
Penghalang baharu itu diletakkan di Mitrovica, sebuah bandar utara Kosovo yang didiami etnik Serb Kosovo dan etnik Albania yang mewakili majoriti kaum di Kosovo.
Ia adalah kali pertama kehadiran tentera dan polis ditingkatkan sejak pertembungan Ahad lalu.
Tindakan itu dibuat atas arahan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic supaya semua langkah diambil untuk melindungi rakyat Serbia di Kosovo.
Tindakan kedua-dua negara meneruskan persiapan tempur dibuat tanpa menghiraukan gesaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang cuba meredakan ketegangan.
Serbia bagaimanapun dilapor telah menggerakkan usaha untuk merunding dengan Kosovo bagi meredakan ketengangan namun tidak mendapat maklum balas positif.
Kosovo kekal sebagai kawasan panas di Balkan selepas perang Kosovo 1998-99 yang berakhir dengan campur tangan NATO.
Kira-kira 4,000 pasukan pengaman diketuai NATO telah ditempatkan di Kosovo sejak perang 1999, yang berakhir dengan Serbia kehilangan kawalan ke atas wilayah itu.
Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf kemerdekaan Kosovo, manakala Serbia bergantung kepada Rusia dan China dalam usahanya untuk mengekalkan tuntutan ke atas wilayah itu.
Balkan | Serbia dan Kosovo diambang peperangan
Topic Berkaitan
#ambang peperangan
#Sekatan Jalan Raya
#NATO
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan