awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia

Bernama
Bernama
28/08/2024
13:49 MYT
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Kastam Shenzhen mengambil pelbagai inisiatif untuk memudahkan penghantaran bekalan berkenaan, antaranya termasuk perisytiharan kastam dilakukan lebih awal dan urusan berkaitan kutip tarif dipermudah. - Gambar CCTV via Bernama
SHENZHEN: Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an pada 3.09 pagi Isnin.
Kastam Shenzhen mengambil pelbagai inisiatif untuk memudahkan penghantaran bekalan berkenaan, antaranya termasuk perisytiharan kastam dilakukan lebih awal dan urusan berkaitan kutip tarif dipermudah.
Langkah sokongan turut diperkenal bagi memastikan prosedur pemeriksaan dan pelepasan kastam dilakukan dengan cepat selepas bekalan durian tiba di pintu sempadan.
Inisiatif berkenaan membolehkan durian segar diimport dari Malaysia terus sampai ke meja pengguna tempatan.
Penghantaran itu dilakukan selaras Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China yang dimeterai kedua-dua negara pada Jun.
Kini, jumlah keseluruhan perbelanjaan pasaran durian di China mencecah kira-kira 50 bilion yuan (RM30.45 bilion) saban tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan sehingga 20 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kastam
#durian
#prosedur pemeriksaan
#Kadar pertumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan