awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Parlimen ditangguh gara-gara 'bau kentut'

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2019
05:29 MYT
Sidang Parlimen ditangguh gara-gara 'bau kentut'
Sidang Parlimen Homa Bay di Kenya pada Rabu ditangguh seketika susulan bau busuk dipercayai bau kentut. -Gambar hiasan
Sidang Parlimen Homa Bay di Kenya pada Rabu ditangguh seketika susulan bau busuk dipercayai bau kentut.
Perang mulut kemudian tercetus apabila seorang anggota Parlimen menuduh seorang lagi wakil rakyat atas dakwaan 'mencemarkan udara.'
"Pimpinan majlis yang terhormat, salah seorang daripada kita telah mencemari udara dan saya tahu angkara siapa," kata wakil rakyat Julius Gaya seraya menamakan suspek, lapor BBC.
Wakil rakyat itu bagaimanapun menafikan tuduhan lantas mendorong ahli Parlimen lain untuk 'berdebat' dan saling tuduh-menuduh.
"Bukan saya. Saya tidak mungkin buat perkara seperti itu di depan rakan-rakan."
Persidangan terganggu selama 10 minit apabila Speaker Edwin Kakach memutuskan dewan tidak boleh diteruskan dalam persekitaran yang berbau busuk.
Kesan bau kurang enak itu diburukkan lagi dengan haba akibat cuaca panas.
Speaker kemudian mengarahkan penyembur udara kecemasan dibawa masuk ke dewan bagi menyelesaikan masalah itu.
"Ambil apa saja bauan yang ada, tak kisah sama ada vanila atau strawberi.
"Biar sarjan sembur udara untuk menyamankannya," kata Speaker.
Bau busuk itu bagaimanapun hilang sebelum penyembur udara dibawa masuk dan Parlimen kembali bersidang.
Topic Berkaitan
#bau busuk
#cemar udara
#cuaca panas
#Edwin Kakach
#Homa Bay
#Julius Gaya
#kentut
#Parlimen ditangguh
#sidang ditangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan