awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura bina penjana hidrogen, mula beroperasi 2029

Bernama
Bernama
04/01/2025
09:10 MYT
Singapura bina penjana hidrogen, mula beroperasi 2029
Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029. -Gambar hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029, menurut Lembaga Pasaran Tenaga (EMA), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Singapura akan membangunkan unit penjana "Combined Cycle Gas Turbine" baharu yang siap sedia untuk hidrogen, dengan operasi dijangka bermula pada 2029.
  • Unit penjana baharu oleh PacificLight Power ini akan mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt dan mampu beroperasi dengan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada peringkat awal.
  • Permintaan tenaga Singapura dijangka berkembang pada kadar tahunan kompaun antara 3.7 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang, mencecah antara 10.1 gigawatt hingga 11.8 gigawatt menjelang 2030.

"Dengan permintaan tenaga yang semakin meningkat, adalah penting untuk memastikan bekalan tenaga mencukupi bagi memenuhi keperluan harian," kata Ketua Pegawai Eksekutif EMA, Puah Kok Keong sambil menekankan peralihan Singapura ke arah masa depan tenaga rendah karbon.
Unit penjana baharu itu, yang akan dibangunkan oleh PacificLight Power, sebuah peruncit elektrik yang berpangkalan di Singapura, mempunyai kapasiti penjanaan sekurang-kurangnya 600 megawatt.
Terletak di Pulau Jurong, kemudahan ini akan mampu beroperasi dengan sekurang-kurangnya 30 peratus hidrogen pada peringkat awal, dengan rancangan untuk menggunakan 100 peratus hidrogen pada masa hadapan, menurut kenyataan syarikat.
Permintaan tenaga Singapura dilaporkan terus meningkat, dipacu oleh sektor-sektor yang memerlukan penggunaan elektrik intensif seperti pembuatan maju dan ekonomi digital, menurut EMA.
Permintaan sistem kuasa Singapura diunjurkan berkembang pada kadar tahunan kompaun antara 3.7 peratus hingga 5.7 peratus dalam tempoh enam tahun akan datang, mencecah antara 10.1 gigawatt hingga 11.8 gigawatt menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#hidrogen
#Combined Cycle Gas Turbine
#PacificLight Power
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan