awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura catat hampir 200 kes sub-lineage BA.2 Omicron

Bernama
Bernama
28/01/2022
20:20 MYT
Singapura catat hampir 200 kes sub-lineage BA.2 Omicron
Setakat 25 Jan 2022, sebanyak 48 kes tempatan dan 150 kes import COVID-19 di Singapura telah disahkan berkait dengan BA.2 Omicron. - Gambar fail
SINGAPURA: Setakat 25 Jan 2022, sebanyak 48 kes tempatan dan 150 kes import COVID-19 di Singapura telah disahkan berkait dengan BA.2 Omicron, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
Kementerian itu berkata pihak berkuasa kesihatan di Denmark mendedahkan hasil penemuan mereka bahawa BA.2 lebih mudah berjangkit berbanding BA.1, tetapi tiada perbezaan ketara dalam hasil klinikal.
"Kami memerlukan data dan kajian lanjut untuk memahami sepenuhnya implikasi terhadap sejauh mana teruk jangkitan, imuniti dan kebolehjangkitan BA.2," kata jurucakap Kementerian Kesihatan sebagai menjawab pertanyaan media mengenai sub-lineage BA.2 Omicron di sini pada Jumaat.
Dilaporkan sub-lineage BA.2 Omicron pertama kali dikesan pada November tahun lepas dengan lebih 10,000 kes dilaporkan di 47 negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#Omicron
#COVID-19
#kes tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan