awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura perlukan penyelesaian segera tempatkan pesakit COVID-19 - PM Lee

Bernama
Bernama
26/04/2020
20:02 MYT
Singapura perlukan penyelesaian segera tempatkan pesakit COVID-19 - PM Lee
Dalam laman Facebooknya pada Ahad, Lee melampirkan berita dalam talian yang memaparkan dua dewan di Singapore Expo dijadikan fasiliti pengasingan sementara untuk menempatkan 950 pesakit dalam tempoh tiga hari. - Bernama
Dengan penambahan kes COVID-19 yang dikesan melibatkan sakit ringan, Singapura sangat memerlukan penyelesaian segera untuk menempatkan sejumlah besar pesakit bagi mengelakkan keadaan sesak di hospital, kata Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong pada Ahad.
Dalam laman Facebooknya pada Ahad, Lee melampirkan berita dalam talian yang memaparkan dua dewan di Singapore Expo dijadikan fasiliti pengasingan sementara untuk menempatkan 950 pesakit dalam tempoh tiga hari.
"Pandemik COVID-19 telah memaksa kami untuk menambah baik dan menghasilkan penyelesaian inovatif yang dapat dilaksanakan di lapangan.
"Ia adalah satu percubaan berterusan untuk mendapatkan kaedah terbaik bagi membantu orang ramai dalam tempoh yang singkat," kata Lee.
Sehingga semalam (Sabtu) sebanyak 12,693 kes direkodkan dan Singapura mengklasifikasikan 10,525 kes dari asrama pekerja asing atau kira-kira tiga peratus daripada jumlah 323,000 pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura melaporkan kebanyakan kes berkenaan melibatkan sakit ringan dan mendapat pengawasan dalam fasiliti pengasingan komuniti atau wad umum di hospital serta tiada seorang pun daripada mereka menerima rawatan di unit rawatan rapi.
Lee juga menyatakan selain Singapore Expo, lokasi lain juga sedang diubah suai, termasuk Changi Exhibition Centre untuk menampung 2,800 orang dan seramai 15,000 lagi di Tanjong Pagar Terminal.
"Kemudahan komuniti ini membolehkan hospital kami menumpukan pada kes yang lebih serius," kata Lee.
Sehingga tengah hari tadi, Singapura melaporkan sejumlah 931 kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan jumlahnya 13,624 kes.
MOH memaklumkan peningkatan itu disumbangkan oleh majoriti kes melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama pekerja manakala hanya 15 kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#Lee Hsien Loong
#pekerja asing
#Perdana Menteri
#rakyat
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan